23 April 2017 - 14:37
Raja Salman Lantik Putera Sendiri Sebagai Duta Besar Arab Saudi Ke A.S

Kerajaan Arab Saudi telah memecat menteri penerangan negara itu, Adel Al-Toraifi dan juga menggantikan duta besarnya ke Amerika Syarikat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kerajaan Arab Saudi telah memecat menteri penerangan negara itu, Adel Al-Toraifi dan juga menggantikan duta besarnya ke Amerika Syarikat.

Di bawah titah diraja yang dikeluarkan pada hari Sabtu, Adel Al-Toraifi telah digantikan dengan bekas duta kerajaan monarki mutlak itu ke Persekutuan Jerman, Awwad bin Al-Awwad.

Menteri perkhidmatan awam, Khaled al-Arj juga dipecat dan Ibrahim al-Omar pula diumumkan sebagai gabenor kepada Lembaga Pelaburan Am Arab Saudi yang baharu.

Putera Khalid bin Salman, seorang juruterbang angkatan tentera udara negara itu dan juga anak kepada Raja Salman sendiri telah dinamakan sebagai duta besar baharu Arab Saudi ke Ameruka Syarikat sekaligus menggantikan Putera Abdullah bin Faisal bin Turki.

Penggantian itu dibuat beberapa hari selepas lawatan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, James Mattis ke Arab Saudi.

Bonus dua bulan gaji turut diumumkan bagi anggota tentera Arab Saudi yang bertugas di dalam kempen ketenteraan negara itu di Yaman.

/315